D'Rebung tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.
Suasana yang tenang dan nyaman seperti berada di Jepun ataupun Korea. Rimbunan pokok-pokok buluh rebung yang tersusun berbaris menimbulkan pemandangan indah. Pasti anda gembira merakam gambar disini kerana banyak sudut dan aksi untuk anda gayakan.
Nikmati juga hidangan tradisi orang jawa iaitu Nasi Ambeng. Hidangan istimewa untuk anda yang cukup rasa dimakan dalam suasana yang redup dan nyaman.
Channel: @pedihuluchuchoh6169