Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memperkenalkan nombor plat pendaftaran 'Malaysia' bersempena menyambut bulan Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi.
Nombor yang dibuka untuk bidaan adalah dari 1 hingga 9999 dan menurut seorang individu, nombor yang mungkin 'hangat' dibina adalah nombor 1 ( merujuk kepada 1 Malaysia) dan nombor 2020
(merujuk kepada Wawasan 2020)
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran edisi Malaysia ini boleh berbuat demikian bermula dari 2 Julai hingga 16 Julai akan datang.