INGIN TAHU BAGAIMANA CARA MEMBORONG BARANG DARI CHINA SECARA ONLINE? 

SAYA AKAN TUNJUKKAN ANDA BAGAIMANA CARA MEMBORONG BARANG DARI CHINA, DENGAN HANYA DUDUK DI DEPAN KOMPUTER , SERTA BAGAIMANA MENJANA UNTUNG BESAR DENGAN BISNES BORONG INI!


Hi!

Saya Nigel Ong! Saya merupakan usahawan online yang mula menjual secara kecil-kecilan sejak beberapa tahun dahulu. Pada ketika itu, saya tidak ada modal yang besar untuk bermula, apatah lagi pengalaman saya yang tentunya masih cetek untuk meraih keuntungan besar dalam bisnes.

Tetapi syukur kerana saya tidak sangka dalam satu tahun sahaja, saya berjaya menjana pendapatan 5 angka dengan menjual barangan fizikal dan hanya secara sambilan sahaja. Saya mungkin BUKAN seorang yang terkenal, tetapi saya TAHU bagaimana menjalankan bisnes borong dan buat duit senyap-senyap.

Bukankah itu lebih "cool" dan itu style pilihan saya dalam menjalankan perniagaan. 

Saya Dulu Ditipu Hidup-hidup

Atas kertas, nak memborong barang-barang fizikal dari China kadangkala nampak mudah.Tapi hakikatnya saya pernah ditipu dan telah melakukan pelbagai kesilapan di dalam menjalankan bisnes borong ini .Ia mengakibatkan saya kerugian beberapa ribu ringgit dan terpaksa menghadapi pelbagai masalah. Antaranya :
  1. Ditipu oleh pembekal. Sudah order dan bayar tapi... barang tak sampai-sampai!.
  2. Stok sampai, tapi tak boleh pakai langsung!
  3. Tersalah pilih stok, yang menyebabkan barang susah untuk dijual.
  4. Paling memalukan... kena "sound" di kaunter PosLaju sebab tak pandai bungkus barang.. pergh!.
Masalah-masalah ini ada yang menyebabkan saya rugi begitu banyak wang, masa dan tenaga.Tuhan saja yang tahu perasaan saya pada masa itu.

Pengalaman ‘1 Tahun Emas’ Mengajar Saya ‘Ramuan’ Terpenting!

Kisah dan pengalaman saya berniaga online bermula dengan sangat pahit. Namun disebabkan kesungguhan saya mencuba bisnes borong ini, saya berjaya menjana pendapatan 5 angka selepas melakukan beberapa kali borongan.
Saya bukanlah berniat mahu menunjuk-nunjuk, malah, kejayaan saya ini mungkin terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan orang lain.
… tetapi apa yang mahu saya sampaikan ialah, saya telah menemui satu teknik ‘rahsia’ yang amat berkesan dan menguntungkan di dalam membuat bisnes borong secara online!
… jika ia berkesan untuk saya,saya percaya ianya juga pasti berkesan untuk anda.
Sebabnya...
1. Saya hanya bermula dengan modal yang kecil, iaitu dengan bermodalkan wang sebanyak RM500 sahaja!
2. Saya bukanlah orang yang mahir IT, tetapi, saya boleh berjaya memborong barang dari CHINA secara online, malah, turut berjaya menjual barang-barang tersebut secara online juga! Saya akan tunjukkan anda bagaimana saya melakukannya dengan terperinci.

Ini Bukan Rahsia, Tapi...
Pendedahan Info Berkualiti Bernilai Lebih 5 Angka
!

Ya! Terus-terang saya katakan, teknik dan rahsia ini sebenarnya hanya diketahui oleh masyarakat Cina sahaja... Sebabnya, laman web yang akan digunakan untuk membeli barang borong secara online ini adalah website berbahasa cina!
TAPI... Anda tidak perlu risau!
Walaupun anda tidak tahu bercakap atau membaca tulisan cina, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh berurusan dan menjalankan urusniaga borong anda dengan mudah menggunakan bahasa inggeris mudah.
Tanpa berlengah lagi, saya perkenalkan kepada anda, website yang menjadi lubuk bagi pemborong-pemborong di Malaysia, memborong barang dari China secara online!

Lubuk Borong Online - TaoBoa.com

TaoBao.com

Ops! Nanti dulu!!

Sebelum anda tergesa-gesa terus ke website tersebut, biar saya bagitahu anda beberapa perkara yang sangat penting!
1. Jika anda terus ke halaman web tersebut dan terus membuat pembelian borong, ada kemungkinan, barang yang anda beli itu tidak akan sampai ke tangan anda dengan selamat.
2. Jika sampai pun, anda mungkin terpaksa membayar kos yang tinggi. Sama ada kos penghantaran atau pun kos percukaian.
3. Terus-terang saya katakan kepada anda, bukan semua barang yang ditawarkan di website tersebut, sesuai untuk anda beli dan borong. Hanya sesetengah barang sahaja yang sesuai dan ada banyak barang yang perlu anda elakkan dari membelinya di website tersebut.
Jadi jangan terlalu terburu-buru! Habiskan dahulu membaca website ini!

Mengapa TaoBao.com?

Mungkin ini soalan pertama yang akan muncul di fikiran anda apabila saya menyebutkan tentang halaman web TaoBao.com. Mengapa membeli di TaoBao.com? Mengapa tidak Alibaba.com? ataupun AliExpress.com?
Baiklah, biar saya terangkan kepada anda mengapa saya memilih TaoBao.com sebagai lubuk untuk tempat saya memborong barang dari China.
Untuk pengetahuian anda, TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan website milik syarikat Alibaba. Jadi.. Mengapa pula Alibaba mewujudkan TaoBao.com sedangkan mereka sudah ada Alibaba.com?
Sebenarnya, Taoboa.com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza...
Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong BESAR dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.
Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.
TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah... ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

Usah Lakukan Kesilapan Yang Sama Seperti Yang Saya Lakukan Dahulu!

Saya tidak mahu anda melakukan kesilapan yang sama seperti mana yang pernah saya lakukan.
Beza antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal ialah, orang berjaya, bertindak dengan ilmu.. manakala, orang yang gagal, bertindak secara terburu-buru tanpa ilmu..
Saya sudah melalui jalan pahit-jerih itu, dan anda tidak perlu melaluinya lagi.. belajar dari pengalaman orang lain itu adalah cara belajar yang lebih bijak, lebih mudah serta menjimatkan masa, tenaga dan wang!
Untuk memudahkan anda belajar dan menimba ilmu, saya telah bukukan pengalaman saya menjadi sebuah ebook yang saya beri nama....

RAHSIA TAOBAO
Panduan Import Barang Dari China Secara Online!


Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

6 Rahsia Penting Dalam Ebook Ini!

Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku

Ada 5 ciri yang perlu diperhatikan apabila memilih barang yang mahu di borong di TaoBao. Jika barang tersebut memenuhi kelima-lima ciri ini, saya yakin, anda akan mampu menjana keuntungan yang besar dalam perniagaan anda.
Barang yang dipesan akan dapat sampai ke tangan anda dengan selamat... dan dengan pantas, ianya juga akan menjadi rebutan kepada pelanggan-pelanggan anda.
Pastikan anda tidak beli dan borong apa-apa produk di TaoBao.com selagi anda belum mengetahui 5 ciri ini!

Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!

Ada 4 ciri produk yang perlu anda elakkan apabila ingin memborong barang di TaoBao.com . Jika anda membeli produk-produk ini, ada kemungkinan besar, anda akan menghadapi pelbagai masalah di kemudian hari dan terpaksa menanggung kerugian yang besar.
Jadi, seboleh-bolehnya, elakkan membeli barang yang mempunyai 4 ciri ini.

Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com

Ini adalah rahsia yang paling-paling-paling penting. Jika anda menyangka anda boleh terus pergi ke website TaoBao dan membeli barang disana seperti anda biasa membeli di website-website e-commerce yang lain!
Anda sedang melakukan KESILAPAN YANG SANGAT BESAR!
Berita baiknya, saya tunjukkan kepada anda secara langkah demi langkah beserta secreenshoot-secreenshoot, bagaimana anda boleh membeli barangan di TaoBao dengan cara yang SELAMATdan BETUL!.

Ya! Anda juga boleh menggunakan perbankan internet tempatan (maybank2u / cimbclicks dll)untuk membuat pembelian barang di website Taobao! Saya akan tunjukkan caranya!

Rahsia 4 : Barang Kena Tahan Kastam? Atau.. Barang Tak Sampai? Apa Nak Buat?

Kadang kala, walaupun anda sudah melakukan semuanya dengan betul, tetapi ada juga perkara-perkara yang berlaku yang diluar jangkaan anda!!
Barang di tahan di Kastam!
Produk yang diorder.. tak sampai-sampai!
Produk sampai tapi tak sama seperti yang diorder atau tidak cukup kuantiti!
Apa nak buat? Jangan risau dan panik! Saya tunjukkan juga kepada anda bagaimana anda boleh mengatasi semua masalah tersebut dengan tenang dan gembira!

Rahsia 5 : Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!

Setelah anda berjaya memborong barang dari TaoBao dan barang tersebut sudah sampai ke rumah anda dengan selamat..
Ada 5 kaedah untuk anda menjual barang-barang tersebut. Saya tunjukkan anda 5 tempat dimana anda boleh jual brang-barang anda.. semuanya adalah secara online sahaja!
Anda hanya perlu lakukannya dari depan komputer anda sahaja!

Rahsia 6 : Proses Jualan & Teknik Meng"Ayat"

Bagi anda yang sudah biasa menjual produk fizikal secara online, rahsia ini mungkin kurang penting bagi anda. Tetapi bagi anda yang belum mempunyai pengalaman menjual produk secara online, ataupun sering gagal menjual produk secara online. Ada banyak tips serta ilmu yang boleh anda pelajari pada bahagian ini.
Malah, saya juga turut berikan anda contoh ayat / skrip untuk anda menjual produk anda kepada orang ramai secara online.