Informasi Berguna Melancong Ke Korea
May 11, 2013 by
Ini merupakan entry penutup travelog DN ke Korea. Untuk itu, DN ingin kongsikan beberapa informasi berguna untuk mereka yang ingin melancong ke Korea.
Suhu / cuaca semasa - pastikan suhu di sana berapa degree dan cuaca di sana sejuk atau hujan atau panas. Korea yang mmpunyai 4 musim menyebabkan suhu persekitaran berubah mengikut peredaran semasa. Contohnya : 3deg - 14deg (sejuk)
Kelengkapan pakaian - setelah mengenalpasti suhu / cuaca semasa, dapatkan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca tersebut. Jika datang semasa musim sejuk, pastikan membawa pakaian yang bersesuaian untuk musim sejuk seperti long john, scarf, gloves, sweater, wool coat dan jacket.
...

