NGERI : 5 Sekeluarga Maut, Seorang Parah
May 2, 2013 by
KULAIJAYA – Lima sekeluarga maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Honda Accord yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 17.9 menghala ke utara Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira semalam.
Mereka yang terkorban dalam kejadian pukul 4 petang itu ialah P. Pavai, 65, serta dua anaknya, R. Selvarani, 46, dan R. Gita, 43.
BEGINILAH keadaan kereta Honda Accord yang remuk selepas merempuh tiang papan tanda hingga mengorbankan lima sekeluarga di Kulaijaya, Johor semalam.
Dua cucu Pavai iaitu G. Viknes, 19, dan A. Akash, 7, pula mati ketika dikejarkan ke Hospital Temenggung Ibrahim, Kulaijaya. Viknes merupakan pemandu kereta ...


